
Saturday, May 9, 2009
Monday, April 27, 2009
MATRIKULASI ATAU ASASI... PILIHAN DI TANGAN ANDA
TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKANKE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM / SETARAFSESI AKADEMIK 2009/2010
1. Sukacita dimaklumkan bahawa sejumlah 166,261 permohonan telah diterima sehingga tarikh tutup permohonan untuk kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2009/2010.
2. Dimaklumkan Mesyuarat Penyelarasan Bersama dengan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) pada 11 September 2008 telah bersetuju akan mengguna pakai dasar tawaran terbuka (double offer) di mana calon lepasan SPM yang layak akan menerima dua (2) tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.
3. Keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM telah diumumkan pada 17 April 2009 dan tarikh pendaftaran ke Kolej Matrikulasi KPM adalah pada 11 Mei 2009. Manakala keputusan permohonan Kemasukan Ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf di bawah Kementerian Pengajian Tinggi akan diumumkan pada 1 Mei 2009. Sehubungan itu, calon Lepasan SPM mempunyai tempoh masa yang secukupnya untuk membuat keputusan yang bijak dalam memilih program yang diminati berdasarkan tawaran yang diterima.
4. Sekiranya seseorang calon mendapat dua (2) tawaran, iaitu dari BMKPM dan juga IPTA, calon boleh menolak salah satu daripada tawaran tersebut dan mendaftar ke program tersebut mengikut jadual yang ditetapkan. Jika hanya menerima satu tawaran sahaja iaitu Program Matrikulasi KPM, adalah dinasihatkan calon mendaftar ke program tersebut mengikut jadual. Seandainya, calon memilih untuk menolak tawaran BMKPM, nama calon akan diproses dan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat am dan syarat khas program pengajian serta kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Kemasukan Ke IPTA. Calon diwajibkan membuat pengesahan setuju terima tawaran IPTA dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh keputusan diumumkan melalui laman web IPTA berkaitan.
5. Sehubungan itu, keputusan dasar yang dipersetujui, jika calon telah mendaftar ke Program Matrikulasi KPM, nama calon tidak akan diproses untuk pertimbangan kes rayuan kemasukan ke IPTA oleh BPKP JPT.
6. Hanya calon-calon yang mengemukakan permohonan ke BPKP JPT dan tidak mendapat sebarang tawaran ke IPTA sahaja boleh mengemukakan rayuan melalui e-Rayuan yang boleh dicapai mulai 1 Mei 2009 jam 12.00 tengah hari melalui URL http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh keputusan diumumkan.
7. Maklumat lanjut mengenai status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA boleh dirujuk melalui talian atau saluran berikut 03-8883 5858 / 5848 dan e-mel upu@mohe.gov.my serta melayari laman web rasmi kemasukan ke IPTA http://upu.mohe.gov.my
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Friday, April 24, 2009
PINDAAN ....TARIKH BARU
HARI ANUGERAH CEMERLANG SEMESTA 2009
9 MEI 2009
HARI SABTU
SEMUA PELAJAR DIJEMPUT HADIR. NAMUN, HANYA PELAJAR YANG CEMERLANG SAHAJA AKAN DIUNDANG DENGAN SURAT JEMPUTAN.
Sunday, April 19, 2009
HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009
Assalamualaikum
*sumber : Friendster Puan Latifah
Sunday, April 12, 2009
PROGRAM MATRIKULASI KPM
| MAKLUMAT TERKINI PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI | | | |
| Ditulis oleh Editor HEP | |
| Wednesday, 18 March 2009 | |
| MAKLUMAT KEPADA PEMOHON PROGRAM MATRIKULASI BAGI LEPASAN SPM Keputusan boleh disemak mulai 17 April 2009 melalui tiga cara : 1) Layari laman sesawang - www.moe.gov.my 2) Sistem Pesanan Ringkas(SMS) - Taip MOE (Jarak-space) MAT (jarak-space) No KP(tanpa ada tanda sempang) dan hantar kepada 15888. Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888 3) Telefon ke nombor 0388844100 *Untuk maklumat lanjut sila layari www.moe.gov.my |
