Sunday, March 29, 2009

Ranking Subjek Dlm SBP

MATEMATIK TAMBAHAN

1 SM SAINS SEREMBAN

2 SEKOLAH TUN FATIMAH

3 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

4 SM SAINS ALAM SHAH

5 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

6 SBP INTEGRASI GOMBAK

7 SM SAINS KUALA TERENGGANU

8 SM SAINS JOHOR

9 SM SAINS MUAR

10 SM SAINS TENGKU ABDULLAH
BIOLOGI

SM SAINS ALAM SHAH

SM SAINS TENGKU ABDULLAH

SM SAINS MUZAFFAR SYAH

SBP INTEGRASI SELANDAR

SM SAINS TUANKU SYED PUTRA

SBP INTEGRASI BATU RAKIT

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

SM SAINS MUAR

SBP INTEGRASI RAWANG

SM SAINS SEREMBAN

Ranking SBP SPM 2008

1 SM SAINS SEREMBAN 1.612

2 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.680

3 SM SAINS ALAM SHAH 1.754

4 SM SAINS MUAR 1.834

5 SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.841

6 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.883

7 SM SAINS JOHOR 1.906

8 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.930

9 SBP INTEGRASI RAWANG 1.951

10 SM SAINS SERI PUTERI 1.979

11 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.990

12 SBP INTEGRASI BATU RAKIT 2.004

13 SM SAINS HULU SELANGOR 2.014

14 SM SAINS SULTAN ISKANDAR 2.005

15 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 2.059

16 KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR 2.073

17 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 2.084

18 SBP INTEGRASI SELANDAR 2.075

19 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 2.110

20 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 2.108

21 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 2.135

22 SM SAINS SULTAN MAHMUD 2.142

23 SBP INTEGRASI TEMERLOH 2.143

24 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 2.171

25 SM SAINS POKOK SENA 2.171

26 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 2.198

27 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 2.193

28 SEKOLAH TUN FATIMAH 2.221

29 SBP INTEGRASI JEMPOL 2.248

30 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 2.266

31 SM SAINS MACHANG 2.269

32 SM SAINS SELANGOR 2.289

33 SM SULTAN ABDUL HALIM 2.305

34 SBP INTEGRASI GOPENG 2.277

35 SM SAINS SABAH 2.321

36 SBP INTEGRASI PEKAN 2.355

37 SBP INTEGRASI KUANTAN 2.382

38 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 2.409

39 SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 2.406

40 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 2.419

41 SM SAINS PASIR PUTEH 2.437

42 SM SAINS KUCHING 2.438

43 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.434

44 SM SAINS MIRI 2.440

45 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 2.446

46 SM SAINS TELUK INTAN 2.447

47 SM SAINS KOTA TINGGI 2.444

48 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 2.456

49 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 2.604

50 SM SAINS LAHAD DATU 2.621

51 SM SAINS DUNGUN 2.637

52 SM SAINS LABUAN 2.822





blom update sekolah seri puteri n sbpi kubang pasu

Fikir-fikirkanlah sahabatku...

Izinkan Abang nikah satu lagi...
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.
"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.



---------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

^dAto' Fhr_cOol^





Lelaki impikan wanita solehah dan wanita impikan lelaki yang soleh...
Lupakanlah CINTA sesama manusia yang sia-sia... kerana ia mampu membawa kepada kehancuran... Yakinlah semua orang memiliki jodoh masing-masing.... Paling penting sekarang ILMU didada perlu diisi... Perjalanan kita di menara gading baru sahaja bermula...

Friday, March 20, 2009

Seminar Lepasan SPM 2009



Seminar lepasan SPM anjuran PEMBINA


AHAD 22HB
9.00-5.00
MASJID UBUDIYYAH
SEKSYEN 19 SHAH ALAM

Khusus buat semua yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dan memohon tajaan..
penuh panduan.. layari
kemlepasanspm.blogspot.com sekarang juga!!
Bersediakah kita untuk kembara ilmu yang mencabar?!

sms from : miss pinkylover

Monday, March 16, 2009

RANKING SBP SPM 2OO8 SETAKAT NI...
Berikut adalah ranking terkini SBP untuk SPM 2008 setakat jam 2.00 petang (14mac09). Data diperolehi daripada laman web SBP Excellent. Daripada 33 buah SBP yang telah upload data mereka di SBP Excellent, ranking (termasuk subjek EST) adalah seperti berikut :

1. SASER 1.612
2. KISAS 1.68
3. ASIS 1.754
4. SBPI GOMBAK 1.883
5. SAINS JOHOR 1.906
6. SESERI 1.979
7. SEMASHUR 2.014
8. SEMESTA 2.059
9. MCKK 2.073
10. SAS 2.108
11. SMAPK 2.11
12. STJ 2.171
13. SMAPL 2.198
14. SBPI SABAK BERNAM 2.193
15. STF 2.221
16. SBPI JEMPOL 2.248
17. SEMESRA 2.266
18. SMACH 2.269
19. SMSS 2.289
20. SMESH 2.321
21. SBPI PEKAN 2.355
22. SBPI KUANTAN 2.382
23. SEMSAS 2.406
24. SERATAS 2.409
25. SAINS KUCHING 2.438
26. SHAH PEKAN 2.434
27. SAKTI 2.444
28. SEMESTI 2.447
29. STAR 2.456
30. SOKSEK 2.604
31. SAINS LAHAD DATU 2.621
32. SAINS DUNGUN 2.637
33. SAINS LABUAN 2.822

Belum Update :
TKC, SBPI BATU RAKIT, SBPI GOPENG, SBPI KUBANG PASU, SBPI RAWANG, SBPI SELANDAR, SBPI TEMERLOH, SDAR, SSP, KUSESS, SESTER, SAINS MIRI, SAMURA, MOZAC, SAINS PASIR PUTEH, SAINA, SMSSI, SAINS MAT JIWA, FARIS PETRA &SMSAH

Friday, March 13, 2009

Mengimbau Detik-Detik Bersejarah...




Setelah sekian lama berusaha dan berpenat lelah, ternyata usaha yang dicurahkan berbaloi...Tempat pertama dalam negeri pahang telah berjaya kami pertahankan....
Baik pelajar mahupun guru-guru yang begitu berdedikasi, usaha yang dicurah setanding dengan kejayaan yang diperoleh.... Benar, kejayaan memang tidak datang dengan mudah tetapi harus dibaja dengan kesabaran serta dibelai dengan kegigihan....
Terima kasih cikgu...
Tiada lagi lafaz yang kami mampu ungkapkan untuk membalas jasa guru-guru di SEMESTA...
Segala kenangan pahit manis akan kami kenang hingga ke hujung hayat kami di dunia yang fana ini....
Doakan kejayaan kami di dunia dan akhirat....
Insya-Allah... Ada jodoh kita bertemu lagi....

4 Terhebat

Tahniah buat mereka berempat kerana berjaya menggondol 10A1 dalam SPM2008.

Thursday, March 12, 2009

Today is the day....

Hari ini keputusan spm 2008 akan keluar. Ada khabar angin yang mengatakan semesta sekali lagi melakar kejayaan yang indah tatkala pelajar matrix0408 mengekalkan penguasaan akedemik tempat pertama dalam pahang buat kali ketiga berturut-turut. Tahniah buat mereka yang berjaya dan buat mereka yang kurang berjaya jangan putus asa kerana spm hanya permulaan hidup kita. Belum tentu sekiranya kita berjaya spm kita akan berjaya di universiti kelak. Ingatlah sahabat Allah pernah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud "... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Wednesday, March 11, 2009

LATEST NEWS...

Keputusan SPM, STAM 2008 12 Mac
2009-03-06

KUALA LUMPUR 5 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada12 Mac ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan hari ini berkata, calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing- masing bermula pukul 10pagi.

“Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri,” katanya.

Sementara itu, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 akan diumumkan pada 10 Mac ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula pukul 12 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM JARAK No. kad pengenalan dan hantar ke39003 atau laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada hari berkenaan.


Bahagian Pengurusan Maklumat Profil Jabatan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Thursday, March 5, 2009

MAKLUMAN BUAT WARGA MATRIX 0408


Salam... Perhatian kepada semua warga MATRIX 0408 keputusan SPM2008 akan diumumkan pada 12 MAC 2008....
Justeru, anda diminta berpakaian seperti berikut semasa mengambil keputusan....

LELAKI
- Baju koprat kuning
- Seluar hitam
- Kasut bebas
- Rambut pendek, kemas dan tersisir rapi

PEREMPUAN
- Baju kurung hijau
- Kasut atau sandal bebas
- Tudung bebas tetapi kemas dan sopan





sms from : Mustakim Ismail