Thursday, March 12, 2009

Today is the day....

Hari ini keputusan spm 2008 akan keluar. Ada khabar angin yang mengatakan semesta sekali lagi melakar kejayaan yang indah tatkala pelajar matrix0408 mengekalkan penguasaan akedemik tempat pertama dalam pahang buat kali ketiga berturut-turut. Tahniah buat mereka yang berjaya dan buat mereka yang kurang berjaya jangan putus asa kerana spm hanya permulaan hidup kita. Belum tentu sekiranya kita berjaya spm kita akan berjaya di universiti kelak. Ingatlah sahabat Allah pernah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud "... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

No comments: